SELAMAT DATANG KE BLOG INI

 

Universiti Islam Madinah KSA, tempat ku menuntut ilmu dahulu
jamiah-islamiah_k.jpg

 

Sila klik PENGENALAN untuk mengetahui tentang latarbelakang blog ini.

Daku blogger baru,  ampun maaf kurayu jika ada sebarang kesilapan dan ketidak telitian sewaktu mengisi berita di dalam blog ini. Ku harap blog ini bisa membantu..

Sebarang isi yang tertera adalah pandangan semata-mata, tiada sebarang motif untuk menggugat sesiapa dan daku tidak bertanggungjawab di atas pandangan orang lain yang ku nukilkan di sini.

 

Disember 2007

 

2 Responses

  1. ady faraid Says:

    saya mengucapkan tahniah pada anta kerana meluangkan masa untuk ilmu ini, kerana kesannya untuk masyarakat begitu besar, saya harap anta akan terus gigih menulis dan memperbanyakkan bahan-bahan yang berkaitan dengan faraid, seperti gambar rajah, penyelesaian msalah, rujukan web, kitab, huraian hadis dan perkara yang bersangkutan,

    Salam,

    Terima kasih di atas sokongan Ady… sebenarnya saya agak sibuk dengan kerja tak sempat nak menambah bahan2. Insyaallah bila saya kembali sebagai ahli akademik saya akan memberikan segalanya untuk masyarakat demi berkongsi ilmu dan memberi kesedaran kepada diri sendiri betapa pentingnya ilmu harta pusaka ini kpd orang Islam.

  2. azuliana Says:

    salam.saya ada pertanyaan jika wasiat si mati tentang pembahagian harta pusakanya belum dilaksanakan lagi oleh ahli keluarganya & tanah didalam geran pun masih tertera nama si mati masih belum menukarnya lagi. padahal si mati sudah meninggal lebih 2 tahun. Apakah kesan kepada si mati? adakah si mati tidak berasa tenang selagi belum tunaikan wasiatnya.

    Waalaikum salam wrh.

    Terima kasih kerana bertanya. Saya agak kurang membuka blog ni sebab sibuk, tak sangka ada persoalan pula.
    Apabila seseorang itu meninggal dunia maka akan berpindahlah harta milik mutlaknya kepada waris2 setelah selesaikan hak-hak harta peninggalan tersebut seperti hutang, wasiat dan sebagainya. Para waris diminta menyelesaikan urusan itu dengan cepat agar harta si mati tersebut tidak tergantung dan tidak dapat dimanfaatkan. Dari segi dosa pahala memang tidak lagi membabitkan simati tetapi dari segi kerukunan warisnya yang masih hidup akan terganggu. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi para warisnya untuk mensedekahkan amalan baik mereka kepada simati. Mungkin ini yang dimaksudkan oleh ulama bahawa simati tidak akan tenang selagi hartanya belum diselesaikan di dunia ini. Wallahu a’lam

Leave a Comment

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.