السلام علكيم ورحمة الله وبركته Dan Salam Sejahtera,
Sebagai pengenalan, terlebih dahulu saya mengalu-alukan kesudian tuan/puan menjenguk ke blog ini. Setelah lama berkecimpung dalam bidang akademik yang mengkhusus kepada undang-undang HARTA PUSAKA ISLAM, saya dapati penulisan tentang artikel-artikel berhubung dengan perkara berkenaan di internet teramat kurang atau jarang-jarang.
Dengan niat ingin berkongsi dan bertukar-tukar pengalaman tentang hukum pusaka Islam atau lebih dikenali sebagai ilmu Faraid, saya mendaftar untuk blog ini. Dari masa ke semasa saya akan menambah keratan akhbar dan artikel-artikel untuk rujukan tuan-puan jua. Harapan saya moga-moga blog ini dapat memberi faedah kepada semua dan menambah koleksi blog akademik di alam internet.
Sekian, terima kasih dan wassalam
Me and Dad : Picture taken year 1975